|
Dimaklumkan, temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir, Akauntan, Juruaudit dan Pegawai Keselamatan Gred 41 yang dijadualkan pada 8, 9 dan 13 November 2012 masing-masing di Zon Selatan, Tengah dan Utara TELAH DITANGGUHKAN sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
Walau bagaimanapun, tuan/puan adalah diwajibkan untuk menduduki Ujian Psikologi atas talian (online). Arahan berhubung Ujian Psikologi tersebut akan dimaklumkan melalui emel / Teks Pesanan Ringkas (SMS) dalam tempoh terdekat.
Sebarang kesulitan berhubung perkara di atas amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.
Unit Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Tarikh : 6 November 2012
|